Sunday 11 August 2013

MENANTU REBUTAN (BAB 6)



BAB 6


SETELAH dia berpuas hati dengan hasil kerjanya, barulah dia mengangkat punggung dari posisi mencangkung itu. Dia usap dan tepuk sekali badan ‘isterinya’ itu sebelum menapak ke dalam rumah. Dah lama tak pegang ‘isteri’ sendiri. Rinduuu…

“Habis dah polish bini abang tu?” Huda menyoal Hafiz sebaik sahaja abangnya itu melangkah masuk ke dalam rumah. Habis terbantut hajat mahu ke dapur. Perut dari tadi memulas tapi sanggup dia tahan sebab kerja mencuci dan mendandan si ‘isteri’ tak siap lagi. Sekarang ni, si adik pula yang mengganggu. Hailaa, adik… Mujur abang sayang kau.

“Sudah. Sekejap lagi nak ronda-ronda. Nak ikut?”

“Ronda-ronda? Eh, abang dah lupa ek?”

“Apa?”

“Kan umi pesan suruh pergi supermarket beli barang-barang untuk…”

“Ouhhhh… Ingat, ingat! Abang ingat dah. Hehe.” Hafiz sengih sumbing. Huda mencebik.

“Tu lah kerjanya asyik dengan bini aje. Yang lain terus lupa.”

“Alolo, adik jealous ke?”

“Heh, tak kuasalah! Tapi, abang tak nak ajak adik ke?” Muka cemberutnya mula dipamerkan. Orang moden cakap muka seposen!

“Haha... Adik abang ni lah kan. Mestilah adik kena ikut, tak payah tanya pun tahu? Abang kan tak tahu jalan.”

“Okiey dokiey!” Ibu jari diangkat paras muka. Thumbs up lah konon.

“Eh, abang ciao dulu. ‘Kuih’ nak terkeluar tak tahan…” Baldi ditangan sudah tergolek atas lantai rumah itu. Agaknya berapa lama dia tahan tu? Euwwww…



“OUH, so, kak Anis jumpa abang masa abang jadi patientlah? Ouh, sungguhlah bang, mesti lawak! Hahahaha…” Dahlia gelak besar. Alif dan Fikri mengeleng kepala ke kiri dan ke kanan banyak-banyak kali. Huh, Hana Dahlia kalau dah ketawa memang tak pandang kiri kanan. Malu kut… Kita ada kat dalam restoran bukannya warung tepi jalan. Kesian pada yang baru nak makan tu, mesti hilang selera bila dengar ada ‘pontianak cun’ mengilai.

“Tapikan Ya, akak ni tiga tahun lagi tua dari abang Aya. Tahu kan?” Terus mati gelaknya tadi. Ini lagi satu khabar yang buat dia terkejut beruk versi manusia.

“Betul ke? Tapi Aya tengok abang nampak lagi tua dari akak.” Dahlia menjeling Alif dengan ekor matanya sebelum mengekek ketawa lagi. Eh, sekejap. Ini Ikhlas tau, bukannya nak bodek!

“Sesedap rasa dia je kata orang tua.” Anis juga turut tergelak. Cepat betul Dahlia membiasakan dirinya dengan dia. Tidak terasa kekok walau sedikit pun apabila dia berada dengan seorang Hana Dahlia, tambah-tambah lagi dengan sikap ramahnya makin membuatkan dia sangat-sangat selesa walaupun baru pertama kali jumpa.

“Takpe, nampak tua pun ada yang nak. Iye tak?” Matanya dikenyitkan ke Anis.

Dahlia memuncungkan bibirnya. Jus epal kepunyaannya disedut masuk ke dalam mulut. Kelat,tapi sedap! Fikri pula diam dari tadi, langsung tak berminat nak masuk-campur dalam sidang parlimen yang sedang berlangsung. Sebab padanya, pancake strawberi coklat di depannya lebih menarik jika dibandingkan dengan perbualan ‘orang-orang tua’.

“Eh, akak kata tadi tiga tahun beza ye? Sama dengan kak Orked lah kan bang?” Muka Anis di sebelah dan muka Alif di depan dipandang silih berganti.

Alif angguk. Anis juga angguk.

“Akak dah jumpa kak Orked?”

“Eh, eh budak kecik ni, banyak betul soalnya.” Kepala Dahlia dia ketuk sekali guna sudu besi yang memang tersedia dalam genggaman tangannya dari tadi.

“Woahh, woahh, apa ni main kepala?!” Dahlia menggosok-gosok kepalanya yang dilitupi dengan tudung bawal hitam. Tudung kebangsaannya yang dia selalu pakai untuk ke mana-mana sahaja. Bukan tak ada tudung warna lain,tapi dah dia suka warna hitam nak buat macam mana lagi kan? Lagipun bukannya buat jenayah kalau asyik pakai tudung warna hitam aje.

“You…”

“Uncle…”

Serentak Anis dan Fikri menyeru nama panggilan Alif. Mata mereka dah mencerlung tajam memandang Alif. Ada ke main kepala pula. Hesyy…

“Mama selalu pesan dekat kitorang, jangan main kepala nanti orang yang kena main kepala tu jadi tak betul. Apit tak nak Cik Aya jadi tak betul.” Mukanya muram.

Tiga orang dewasa yang duduk semeja dengannya itu ketawa kecil. Tapi main lama makin besar pula ketawanya. Tak betul katanya. Aduhai…

“Bijak Apit.” Anis memanjangkan tangannya ke depan untuk mengusap kepala Fikri. Dahlia pula menjelir lidah pada Alif. Kan dah kena… Dengan budak kecil pula tu.

“Eh, macam mana akak boleh terpikat dengan abang yang heartless ni?” Dahlia tanya lagi walaupun dah kena ketuk kepala dengan sudu besi tadi. Tak serik-serik betul! Muka Anis dia pandang sambil tangannya menongkat dagu.

Anis tak menjawab tapi dia senyum.

“Jangan kata abang yang terpikat dengan akak?” Mulutnya terbuka seluas-luas alam. Adalah sangat luar biasa buat seorang Alif Danial boleh terpikat dengan seorang perempuan. Selama ni bukan dia heran pun kalau ada yang datang menggedik. Ni lagi dia yang nak jatuh hati hempedu bagai. Ajaib betul!

Tiba-tiba Dahlia rasa matanya dah tak betul. Kenapa dia nampak yang Anis angguk tadi? Ni mimpi ke apa? Jari mula menenyeh-nenyeh mata. Kemudian dia kelip-kelipkan banyak kali. Nampak Anis senyum. Alif senyum. Fikri… masih bercakap dengan mummy dia.

“Macam mana?”

“Panjang kisah dia. Abang cerita lainlah nanti.” Alif jawab lepas dia minum jus tembikai yang dah tinggal suku gelas.

Mulut Dahlia dah muncung sedepa.

“Tak apa biar akak cerita.” Anis mencelah. Mata Dahlia pula bersinar-sinar macam nampak cincin berlian dua puluh empat karat.

“Abang sakit, akak ubat. Akak jatuh abang sambut. Abang tentang mata akak, akak tentang mata abang. Tiba-tiba rasa dup dap dup dap. Bila dah seminggu tak jumpa macam rasa resah-gelisah. Abang datang jumpa akak cakap suka akak. Akak terkejut tapi akak suka. Akak suruh jumpa mak bapak akak, abang jumpa. Lepas tu jadilah macam ni.”

“Tak kan macam tu je? Senang sangat! Patutnya kena ada drama sikit, baru dramatik.” Dahlia memandai-mandai buat cadangan yang tak berapa nak bernas.

“Banyaklah kau punya dramatik. Kalau ada lagi pun tak adanya nak bagitau kau.” Alif sounds dia.

“Lerr… Apasal pulak?” Dia tanya lagi soalan bodoh-bodoh alangnya itu.

“Hal rumah tangga mana boleh! Bocah-bocah tak boleh tahu. Haha…”

Sungguhlah rasa macam nak buat Kamehameha aje pada abang dia masa ni. Bocah-bocah dia panggilnya. Orang dah masuk umur dua puluh, dia panggil bocah-bocah.

Tiba-tiba lagu Linkin Park, Numb menerjah telinga. Sekali lagi meja mereka menjadi perhatian. Entah berapa volume yang disetkan sampai separuh pelanggan restoran pandang. Anis terkebil-kebil memandang Dahlia, Fikri ikut mengalunkan melodi lagu, Alif pula memandang Dahlia macam nak keluar laser dari dalam anak mata.

Dahlia sengih senget. Handphone dalam beg dia keluarkan. Skrin memaparkan nama ‘kak Orked’. Ouh, kakak kesayanganku, mesti kau risau anakmu telah kubawa lari.

“Kak Orked.” Dia angkat muka dari memandang ke bawah lalu beritahu pada Alif, Anis dan Fikri siapakah gerangannya yang menelefon itu.

“Yuhuuu...”

“Mana Apit? Aya bawak dia ke mana? Abang ikut sekali tak?”

“Lajunya tanya, mengalahkan kereta api laju dekat jepun sana je.”

“Hana Dahlia!”

“Okey, okey. Apit ada sini. Aya bawak dia pergi klinik, badan dia panas tadi. Abang ikut jugak sebab dia jadi driver. Menjawab semua kehendak soalan tak?”

“Bolehlah… Badan Apit panas balik ke? Akak ingat bila balik dari butik baru nak bawak dia pergi klinik kalau-kalau badannya panas lagi.”

“Itulah, Aya ingat nak tunggu akak dulu. Tapi ada orang tu dia cakap tak payah tunggu takut nanti melarat. Padahal ada agenda lain.” Dahlia buat rolling eyes.

“Nak cakap dengan mummy! Nak nak!” Fikri menghulur tangannya pada Dahlia.

“Dengar tu anak akak dah bising. Demam tu…” Suara dari belah sana hanya ketawa kecil. Telefon bimbitnya diberi kepada Fikri yang dah serupa macam cacing kepanasan. Sebaik sahaja telefon itu bertukar tangan, Alif pula nak mulakan sesi kaunseling dia. Sabar ajelah bila satu family kuat membebel macam ni!

Fikri can sing Numb?” Keningnya terangkat sebelah. Soalan itu sangat-sangat menarik di telinga Anis. Dia pun pada asalnya ingin bertanya juga cuma bukan tentang Fikri tapi Dahlia.

“Ouh, abang. I never taught him okay!”

“Aya layan lagu macam tu?” Giliran Anis pula bertanya.

“A’ah. Kenapa kak? Terkejut ek?”

“Sangat! Lain sangat dengan appearance Aya.”

Dahlia senyum.

“Budak kecik ni nampak aje ayu, macam perempuan melayu terakhir tapi lagu pekik-pekik macam tu aje yang dia layan.” Alif dengan baik hatinya tolong jawab.

“Wah, tak sangka yang Aya ni ada P.A.” Sengaja dia perli abangnya. Tak pasal nak tolong jawabkan. Siap dengan pakej kutuk depan-depan. Hesyy, tak patut sungguh!

Alif naikkan lagi kening sebelah kanan dia. Kali ni tinggi sikit dari tadi.

Anis senyum sambil geleng kepala.

Dahlia kembungkan pipi dia. Mata mereka berdua berlaga lama, langsung tak berkelip. Si Fikri yang demam tapi macam tak demam entah cakap apa entah dengan mummy nya sampai kepalanya tak reti duduk diam. Kejap ke bawah. Kejap ke atas. Kejap pandang luar. Kejap pandang meja sebelah. Dahi Anis berkerut-kerut melihat gelagat pelik dua-beradik itu.

Sepuluh saat.

Dua puluh saat.

Tiga puluh saat.

Tiga puluh satu saat.

Tiga puluh dua saat.

Tiga puluh tiga saat.

“Pap!” Ternaik sedikit badan Anis. Mujur tak tertumpah jus orennya. Fikri yang ralit berborak dalam telefon juga terus berpaling.

“Abang kelip tadi!” Jari telunjuk ditalakan ke Alif.

“Itu sebab Aya tepuk tangan.”

“Heh, alasan.”

“Ya Allah… Main tenung-tenung mata ke?” Anis tepuk dahi dengan tapak tangan kanannya. Kalah si Fikri yang umur lima tahun ni.




TROLI yang sudah separuh penuh itu ditolak laju. Tapi beratnya masyaAllah, kalah gajah! Orang yang menolak seksa sungguh, tapi yang ditolak tu, wahhh… bukan main lagi heaven! Tangannya siap didepa-depakan lagi. Tu kalau terkena kepala orang mahunya kena saman. Dah tua bangka pun masih lagi nak jadi macam budak-budak, tak kena gaya betul! Inilah kalau dah tua nak jadi baby. Baby tua!

“Oppss, STOP!”

Hafiz break kecemasan. Huda yang menghadap abangnya pun turut terdorong ke belakang. Hukum fizik panggil inertia. Sikit lagi dia nak jatuh sebab kestabilannya terganggu bila Hafiz buat break tiba-tiba tadi. Dua batang kakinya yang berdiri di atas palang besi belah depan troli mula menjejak lantai mozek supermarket itu.

“Nak beli apa kat sini?” Tanya Hafiz polos.

Aduhai abang kusayang! Dah terang-terang tak payah susah-susah nak suluh guna torchlight ke spotlight ke apa ke. Kan ada tulis dekat board atas tu ‘bahagian buah-buahan dan sayur-sayuran’. Kalau tak tengok atas pun boleh nampak bahagian tu cuma ada buah dengan sayur je. Mestilah nak beli buah ke sayur ke. Gggrr… payah benar lelaki macam ni!

Huda mula membebel-bebel dalam hati. Siap ada effect pada mulutnya yang berkumat-kamit tapi tak ada suara yang keluar.

“Buah abang…” Nada Huda meleret.

Dua plastik besar dicapainya lalu diberi satu pada Hafiz. “Nah, untuk buah oren.”

“Penuhkan?”

A’ah.” Huda mebelek-belek satu-persatu buah-buah oren yang nampak elok. Lepas tu dia masukkan ke dalam plastik yang ada pada tangan kirinya. Hafiz turut ikut gaya Huda.

“Nak buat untuk kenduri kan? Cukup ke ni?”

“Cukup. Sebab umi nak buat dua, satu oren satu tembikai. Lagipun kita bukannya nak jemput orang ramai macam nak kenduri kahwin. Kan kenduri kesyukuran je.”

“Okey.”

“Kecik-kecik oren sini.” Muka abangnya ditenung. Amboi, sedapnya dia mengata!

“Untunglah orang tu selalu makan oren U.S. yang besar-besar. Kita ni dapat makan yang kecik-kecik je.”

“Heh, adik ni. Perli-perli pulak.”

Huda jelir lidah.

“Nanti abang pakai baju raya yang tahun lepas tu tau.”

“Yang mana? Warna purple tu?”

“Yes!”

“Nak sedondonlah tu.” Tebak Hafiz. Huda ni memanjang nak bermanja dengannya. Ni kalau ada yang tak tahu dia dah Huda adik-beradik mesti cakap pasangan kekasih. Tak pun pasangan suami isteri yang baru kahwin.

“Betul ke buat hari rabu malam khamis ni?” Tanya Hafiz was-was. Macam pelik je buat kenduri tahlil dengan kesyukuran bukan hari minggu. Tak kerja ke orang-orang yang dijemput tu?

“Betul. Masing-masing dah confirm. Lagipun ayah memang sengaja buat hari kerja biar ramai yang turun surau dekat rumah tu. Tak adalah kosong macam selalu.”

“Errmm… macam apply strategi bisnes je.”

“Memang pun! Hahaha…”

“Abang dah jemput kawan-kawan abang belum?”

“Belum. Nantilah esok je abang jemput. Alang-alang nak jumpa pun.”

Huda angguk kepala macam burung belatuk.

 “Huda pergi timbang ni kejap. Abang pergi ambik dua biji tembikai.” Beg plastik berisi buah oren pada tangan abangnya diambil.

“Larat ke tu?” Soal Hafiz. Berat kut beg plastik tu.

“Boleh. No worries.”

“Okey, abang pergi ambik tembikai kejap ek?”


Huda mengangguk lagi.





1 comment: