Wednesday 7 August 2013

MENANTU REBUTAN (BAB 5)


BAB 5


“SERONOK kalau hari-hari macam ni.” Ujarnya perlahan. Bibirnya dari tadi tak lekang dengan senyuman.

“Seronok yang mana satu?” Muncul isterinya dari belakang dengan tangan diletakkan di atas bahunya. Kepala didongak memandang si isteri yang sedang tersenyum manis. Ditarik tangan Puan Ros untuk duduk bersama di sebelahnya di atas buaian kayu itu.

“Abang seronok dengan nikmat yang Allah bagi ni.”

“Alhamdulillah.”

Senyap.

“Tak sangka pulak Ros, diam-diam aje rupanya dah ada. Macam abang dolu-dolu.”

“Hahaha… Mujur abang dengar cakap mak dengan abah.”

“Eleh! Dengarlah sangat. Bukan mula-mula tu siap lari rumah lagi ke? Kalah Ros yang perempuan ni.” Mata menjeling manja.

“Manalah abang tahu yang bakal abang masa tu Rosnina Al-Mansur. Ros pun satu, boleh buat diam je masa kita jumpa tu. Mati-mati abang ingat mak dengan abah nak jodohkan abang dengan Kiah.”

“Saje je Ros nak tahu yang abang ni setia dengan Ros ke tidak.”

“Haih, dah kahwin ni pun tak percaya ke yang abang ni betul setia pada Ros?”

“Hesy, abang ni. Ros cakap dulu bukan sekarang.” Tangan kirinya menepuk peha Encik Hamzah.

“Tapi… kalau abang berani cari lain, siap abang! Ros cincang kasi lumat.” Belum sempat Encik Hamzah ingin membuka kata, Puan Ros memotong dulu. Tergelak dia mendengar kata-kata berbaur amaran itu. Ni belum sempat nak cari lain dah kena macam ni, kalau dah jumpa yang lain tu.. huh, mahunya lari tak cukup tanah!

“Atok… Wan… lari cepat!!!”

Belum sempat dia ingin membuka mulut, terdengar jeritan daripada Fikri, cucu sulungnya.

“Mamaaaa!” Orked pula menjerit memanggil Puan Ros.

“Pa cepat pa, cepat!” Dahlia menggesa.

“Elak! Elakkk!” Tidak ketinggalan si kecil, Ashraf turut bersuara. Tapi gaya lebih kepada bersorak yang ala-ala pegang pom-pom gitu. Kahkahkah…

 “Allahu Akhbar!”

“Ya Allah!”

Masing-masing ada yang menutup mata, ada yang menutup telinga. Terasa bergegar kediaman milik Encik Kamarul Hamzah dan Puan Rosnina itu, diikuti juga dengan riuh-rendah milik suara-suara yang memang tersedia sumbang. Ni mesti ada yang kena bebel sekejap lagi ni.


“WEYH, abang! Cepatlah tunjuk gambar bakal kak ipar Aya tu.” Bantal ditangan sudah dilemparkan ke muka Alif. Betul-betul tepat kena pada muka.
“Hek eleh dia ni. Tak menyabar betul. Kan dah cakap semalam, nak merisik hujung bulan ni. Nak tengok gambar buat apa? Tengok yang real je sudah.”

Kepala kembali mengadap pada kotak gambar bergerak yang siap dengan bunyi sekali di hadapan. Tapi mata tak lepas-lepas dari skrin telefon bimbit di tangan.

Dasar orang bercinta memang macam tu!

Punggung dihenyakkan di sebelah Alif. Bantal tadi diambil kembali lalu dipeluk rapat ke dada.

“Lambat sangat nak tunggu. Kasi jelah.” Keningnya dijungkit-jungkit.
Senyap. Krik krik krik…

Hesy, orang bercinta ni.

“Kenapa abang tak cerita pun ke Aya pasal kak Anis? Diam-diam je ek.” Dahlia bersuara lepas tunggu beberapa minit abangnya diam membisu.

“Saje nak bagi surprise.” Kaki yang tadinya di bawah dah naik ke atas meja.

“Tak macam surprise pun.” Bisiknya perlahan pada diri sendiri. Namun sangat jelas di telinga Alif.

Alif senyum menampakkan lesung pipit di pipi sebelah kanannya. Dalam gila! Satu-satunya manusia dalam family mereka yang ada lesung pipit. Tapi, lagi sedap kalau tukar jadi lesung batu. HAHAHA…

“Habis kau nak surprise macam mana lagi? Yang tahap gugur jantung?”

“A’ah. Surprise macam tu lah. Baru gempak!” Dahlia sengih nampak gigi.

“Sini abang sekeh kepala tu!” Telefon yang tadinya ada ditangan sekarang dah terdampar atas meja kaca di depan sofa Alif dan Dahlia duduk itu. Sekarang ni kepala Dahlia yang suci murni jadi mangsa tangan Alif. Dia sekeh selagi mahu.

“Cik Yaaa… Apit pening.” Tiba-tiba datang Fikri entah dari mana. Mengadu yang dia pening pada Dahlia. Kedatangan Fikri itu berjaya menarik perhatian Alif dari menyekeh kepala adik bongsunya. Akhirnya terlepas juga dari kena torture dengan Hitler jadian. Ouh! Abang tahu ke yang aku ni panggil dia Hitler jadian? Kekekeke…

“Apit demam ke?” Soal Alif dengan dahi berkerut.

Fikri datang dekat ke arah Cik Ayanya.

Tangan Dahlia ditekup ke dahi Fikri. Lepas dahi, leher pula.

“Panas?” Tanyanya lagi.

Dahlia angguk. “Sikit. Baru nak demam ni.”

“Bawak pergi kliniklah, jom.”

“Sekarang? Tak nak tunggu kak Orked dengan abang Pidot balik dulu ke?”
“Tak payahlah.. Nanti-nanti melarat ke Ashraf pulak.”

“Abang bawak.”

“Memanglah. Dah abang yang ajak.”

“Bagus!”

Alif menjulingkan matanya.

“Abang bayar?”

“Iye! Hesy budak ni karang ada jugak yang kena ketuk dengan remote ni.”

“Peningg…” Fikri merengek. Tak sempat Alif nak ketuk Dahlia dengan remote TV, Fikri dah merengek lagi. Kacau daun betul!




POLIKLINIK AN-NISA.

Sepatah-sepatah dia baca dalam hati. Sanggup drive dari Bangi ke Kajang semata-mata nak pergi klinik ni? Weyh, dekat Bangi tu pun adalah Poliklinik An-Nisa! Nak pergi yang jauh ni jugak buat apa?  

Enjin kereta dimatikan. Kepala dikalih ke sebelah memandang Dahlia. Keningnya dijungkit sekali, siap pakej dengan sengih di bibir. Dahlia mencebik sekaligus menjulingkan matanya.

Alif gelak.

Fikri yang baru terjaga dari tidur terpinga-pinga melihat kelakuan dua beradik itu.

“Dah, jom.”

Terhegeh-hegeh Dahlia memimpin Fikri masuk ke klinik. Alif dah mendahului di hadapan. Entah apa yang nak dikejarkan pun tak tahulah.

Sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam klinik, Alif terus ke kaunter. Yang berdua tu masih lagi ketinggalan tapi sempat jugalah kejar walaupun masa tu Alif dah menonong ke tempat duduk ruang menunggu. Tapi… kenapa kejap sangat masa kat kaunter tadi? Dahlia mula berasa pelik.

Belum sampai lima minit, nama Fikri disebut suruh masuk berjumpa doktor.

“Muhammad Fikri Bin Firdaus. Bilik dua, Doktor Anis.”

Alif bangun sambil dukung Fikri yang tadi beriba dengannya. Dahlia pula dah kerut-kerut dahi. Tanpa menunggu si adik yang tengah memerah otak ibarat nak keluarkan jus dari kepala, dia terus menapak ke bilik yang disebut tadi.

Anis? Bukan nama bakal tunang abang ke? Takkanlah…

“Hana Dahlia!” Alif panggil Dahlia disebalik pintu bilik yang terbuka separuh itu. Badannya dah sepenuhnya masuk di dalam bilik itu, yang tertinggal di luar hanya kepala. Kaki kirinya pula dijadikan penyendal supaya pintu tak tertutup.

“Jap!” Kenyaringan suara Alif mematikan lamunannya. Cepat-cepat dia melangkah ke arah abangnya.

Objek pertama yang tertangkap dalam ruang matanya sebaik sahaja dia melangkah di dalam bilik itu adalah seorang wanita yang berpakaian uniform doktor. Diakah Doktor Anis? Anis yang sama dengan bakal tunang abang?
“Inilah Hana Dahlia kan?”

Dahlia mengangguk. Alif mula mengukir senyuman yang makin lama bertukar ke ketawa kecil. Nak sangat jumpa kan? Ni hah abang bawak jumpa betul-betul!

Meet my ‘bakal’, Doktor Anis Izzati Abdul Razak.”

Mulut Dahlia dah terlopong. Kalau bilik tu tak ada air-cond mesti dah ada lalat yang masuk dalam mulut yang ternganga luas tu. Hatinya dah terdetik, wanita anggun yang bergelar Doktor Anis ini mesti bakal kakak iparnya! Eh, kakak ipar? Wahh, macam mana boleh upgrade jadi kakak ipar ni? Selalu tunang je.

“Panggil kak Anis je. Tak payah doktor-doktor bagai.”

“Heh, dulu dengan I bukan main tak boleh panggil nama. Mesti ada pangkal ‘doktor’ tu jugak. Ni, alih-alih dengan adik I, tak payah pulak.” Alif bersuara tak puas hati dengan Anis. Punyalah mengada protes dia tu.

“Patutlah abang sanggup drive dari Bangi ke Kajang, rupanya nak jumpa buah hati.”

Heh, penat mulut aku pot pet pot pet dari tadi tanya kenapa sampai ke Kajang, rupa-rupanya nak menyelam sambil minum air. Ngek betul abang Alif ni!


“Haha… Okey sekarang ni kita check Fikri dulu.” Dalam tersipu-sipu Anis, tetap dia selamba. Profesional! Doktor macam inilah yang kita nak.





No comments:

Post a Comment