Thursday 1 August 2013

MENANTU REBUTAN (BAB 4)



BAB 4


“AYA, rasa sikit ni. Ada yang kurang tak?” Puan Ros memanggil Dahlia. Dah beberapa kali dia rasa sendiri kuah laksa itu, tapi macam ada yang tak kena je. Macam tawar pun iye, macam dah cukup rasa pun iye juga.

“Kejap.” Sahut Dahlia. Betul-betul dia selesai memotong semua jenis sayur yang akan dimakan dengan laksa nanti, terus mamanya panggil.

Sepantas kilat, Dahlia menapak ke arah Puan Ros tapi sebelum tu dia dah melencong ke tempat lain. Persediaan untuk ‘merasa’ kuah laksa. Al-maklumlah, kalau nak jadi juri dan pengkritik yang berjaya mesti ada buat persiapan awal. Barulah nampak berkaliber, kan?

“Sini, sini.” Dihulurnya mangkuk kepada mamanya sambil senyum menampakkan tiga puluh dua batang gigi putihnya itu.

“Hei, ini nak rasa ke nak makan terus ni?” Sebelah tangan dah berkecak pinggang. Ada ke nak rasa siap dengan mangkuk sekali. Ini bukan nak rasa, ini nak melantak namanya!

“Alang-alang. Cepat ma, lenguh tangan Aya ni. Gaya pun dah serupa peminta sedekah. Cepatlah.” Api dapur ditutup. Dahlia jungkit-jungkit keningnya. Mulut Puan Ros dah herot sebelah. Diacahnya Dahlia dengan senduk yang dia pegang itu. Terlompat ke belakang si Dahlia jadinya.

Dalam nak tak nak itu, dia sendukkan juga dua senduk setengah kuah laksa untuk anak bongsunya. Ini belum lagi ada si Jauzan. Kalau ada dia sekejap aje dah surut satu periuk kuah laksa tu. Kuat makan budak tu, badan pun boleh tahan semangat. Hahaha!

“Lagilah ma.” Dahlia buat muka comel. Sambil-sambil itu dia menyudu kuah laksa itu masuk ke dalam mulutnya.

“Cukuplah. Nanti makan lagi kan? Cukup, cukup.” Terangkat sebelah keningnya. Senduk dah diangkat tinggi. Ngaaaa! Sebiji dah macam mak mertua Kasim Selamat. Perlahan-lahan Dahlia memusingkan badannya. Sebelum kena bebel baik lari dulu.

“Eh! Okey ke tak rasanya tu?”

“Okey, okey! Ermm… sedappppppp!” Laungnya sambil tersengih. Ibu jari tangan diangkat ke atas.

“Makanlah dengan laksanya. Asyik meratah kuah aje.” Puan Ros juga membuat hantaran balas dengan laungan yang lebih nyaring. Rasanya frekuensinya lagi tinggi dari frekuensi radio. Mamanya dah mula masuk mood mak nenek versi mak datin.

“Kalau makan dengan laksa tak dapat rasa serasa-rasanya kuah laksa ni.” Slurrpp! Berbunyi kuat hirupan kuah laksanya.

“Hisyy, tak senonoh! Malu dengan mak mertua macam ni.”

“Belum ada. Wekkk!” Lidah dijelir.

“Dah dekat. Wekkk!” Jelir lidah juga.

“Calon pun tadak.”

“Mama carikan?”

“Tamau!”

“Mama carikan yang handsome.”

“Tamau.”

“Yang kaya?”

“Tamau jugak!” Pipinya dikembungkan.

“Yang beriman?”

Senyap. Sunyi. Sepi. Krik krik krik.

Puan Ros mengintai di sebalik dinding antara dapur dan ruang makan rumah itu. Tiba-tiba senyap, lain macam tak berapa nak macam ni.

Kelihatan Dahlia sedang rancak menghirup kuah di dalam mangkuknya. Slurrpp! Slurrppppp! Ya Allah, bertuah sungguh budak ni! Nak kena dia ni.

“Amran?” Laungnya buat entah ke berapa kali. Tapi kali ini auranya lain sikit, sebab perkataan yang disebutnya pun lain sikit daripada yang biasa-biasa. Budak bijak panggil ‘perkataan luar biasa’. Ada aura dalam dengan aura luar. Sekali sebut boleh buat badan gigil-gigil.

“Uhuk, uhuk.” Tersedak Dahlia mendengar mamanya menyebut nama itu. Cis! Dahlah kuah laksa ni pedas. Perit je tekak, hinggakan ke telinga rasa sakitnya.

Puan Ros ketawa terbahak-bahak. Sampaikan berair matanya. Konon tak ada apa-apa, tapi baru sebut nama dah macam tu gayanya. Agaknya macam-manalah rupa lelaki bernama Amran itu? Kalau dia tak terdengar perbualan telefon antara Dahlia dan Ika hari tu, sampai bila-bila pun agaknya dia tak tahu ada seorang manusia bergelar lelaki yang wujud dalam hidup anak bongsunya itu.

Badan dipusingkan menghala ke dapur semula. Kerjanya di dapur harus disambung. Banyak lagi pinggan, mangkuk, periuk, belanga dan segala benda yang berkaitan yang nak kena cuci.

“Mama ni, sebut nama tunang orang memanglah tersedak kita. Hesyy!” Dahlia berbicara sendiri perlahan. Tangannya sambil-sambil menumbuk-numbuk dada melegakan rasa pedas tersedak tadi. Jug yang berisi hanya separuh air kosong di atas meja makan yang terletak di depannya itu dipandang sepi. Banyak juga rupanya dia minum. Tapi kenapa tak hilang-hilang juga rasa pedas ni?!



“MINGGU depan ke abang balik?” Dia memandang uminya.

“Iye Huda. Berapa kali nak tanya ni? Umi rasa kali ni je dah masuk lapan puluh lapan kali Huda tanya.” Cermin mata dilurutkan ke bawah. Anak mata memandang tepat ke wajah anak perempuan bongsunya itu. Tak ubah seperti dia ketika muda dahulu. Eceh! Terkenang sejarah silam zaman tok kaduklah pulok.

Huda mengeluh panjang. Wajahnya mendung.

“Abang tak reply message ke?” Buku sejarah tentang tamadun Uthmaniyah itu diletak di atas meja kecil di sebelahnya. Mata tertancap pada potongan kek oren yang dia buat tadi bersama dengan Cik Yah. Terasa berkeroncong tiba-tiba perutnya. Tadi tak pula rasa lapar, bila dah datang je Huda terus lapar.

Huda menggeleng. “Tak.”

Tersenyum nipis dia mendengar jawapan itu dari mulut mungil anaknya.
“Abang sibuk tu kut.” Perutnya mula mengeluarkan bunyi pelik-pelik. Eh eh, makin galak pula dia berbunyi. Sepotong kek oren diambil lalu digigit setengah. Yum yum, sedapnya!

“Sibuk pun macamlah tak boleh nak reply. At least bagitaulah something, sibuk ke, ada kerja ke, apa ke. Ini tak. Diam je.” Tangan menongkat dagu. Tangan sebelah lagi dipanjangkan untuk mengambil kek oren yang uminya makan itu. Macam sedap. Kebetulan perut pun memang tengah kosong tak berisi apa-apa. Rezeki depan mata jangan ditolak! Lagipun masa di kolej tadi mana dia makan. Mujur kelas sekejap je.

“Ermm, bila umi buat ni?” Tanyanya dengan mulut yang masih berbaki dengan isi kek.

“Tadi. Sedap kan? Umi buat dengan Cik Yah tadi.” Teko teh ditonggengkan sedikit ke cawan kosong di atas meja itu. Air kuning kecoklatan yang mengalir dari muncung teko itu mengalir perlahan sama seperti asap nipis yang mula membentuk naik ke udara. Aromanya sangat menusuk hingga ke hati dan sanubari!

“Sedap! Tapi Huda lagi suka kek coklat yang umi buat hari tu. Kek oren favourite abang.” Sengihnya.

“Nak bodek ke apa ni?”

“Hehe… Tahu je umi ni.” Sengihnya semakin melebar.

Cawan teh diangkat ke bibir. Disisip sedikit demi sedikit. Nafas ditarik lama sambil matanya dipejamkan menikmati udara segar teratak milik mereka sekeluarga. Air teh dah selamat turun ke esophagus masuk terus ke dalam perut. Kalau hari-hari macam ni kan seronok. Hatinya berlagu.

“Amboi, dah dapat kek terus lupa abang. Tadi bukan main lagi gaya sedihnya.” Kedengaran suara garau dari arah belakang mereka berdua. Huda terus berpaling manakala Hajah Hadeeja hanya terseyum kecil penuh makna.

“Abangggggg!” Jerit Huda lalu melompat bangun dari kerusi besi tempat duduknya. Lelaki muda yang hanya bersinglet dan berseluar bermuda itu mendepakan tangannya. Huda berlari mendapatkan abang kesayangannya itu. Dipeluk erat bagaikan tak mahu lepas. Walaupun dengan rambut serabai, muka tak mandi tapi tetap juga dia peluk. Dah tak kisah dah sekarang ni. Masa mula-mula dengar suara yang satu tu pun dia dah macam apa je.

Suka, geram, sedih, menyampah, benci, gembira, nak teriak, nak melompat, nak nangis, semuanya ada bercampur- aduk. Rindu yang dipendam selama tiga tahun akhirnya dapat juga dia lepaskan. Air mata mula bergenang di tubir mata.

“Heyh, apa cengeng ni. Chill lah adik. Abang dah ada kat sini kan.” Digosok perlahan kepala si adik.

“Abang pakat dengan umi tak nak kasi tahu adik abang balik hari ni kenapa?” Mukanya masam. Pipi dikembungkan. Mulalah perangainya yang satu tu keluar bila ada abang kesayangan. Manja!

Hajah Hadeeja dan Hafiz hanya ketawa.

Respon yang dia terima semakin membuatkannya rasa nak meledak. Geram punya fasal, dia tumbuk-tumbuk dada bidang abangnya itu.



TELEFON bimbitnya berbunyi menandakan ada mesej yang masuk. Tangan meraup muka setelah selesai mengaminkan doanya. Telekung yang tersarung di badan ditanggal lalu dilipat kemas. Tikar sejadah turut dilipat dua sebelum disangkut bersama-sama dengan telekung yang dipakainya tadi pada palang besi yang melekat pada dinding yang mana memang dia khaskan untuk meletak telekung dan sejadah. Senang bila disangkut begitu, bilik nampak lebih kemas dan teratur. Sama juga dengan tuala yang dia pakai untuk mandi, juga disangkut kemas pada palang besi itu.

Badan dilabuhkan di atas katil. Kaki mula mengorak langkah untuk duduk bersila. Baru selesa! Telefon bimbit ditarik. Ada sms daripada Orked.
Akak sampai lewat ptg kut. Jln jammed! Y__Y

Tersenyum dia membaca mesej itu. Jari laju menaip ayat yang bakal dihantar ke kakaknya.

Alolo, kesian. Okey, nanti Aya roger ke mama!

Dahlia membalas mesej Orked. Daripada senyum, bertukar ke ketawa. Mesti kak Orked geram bila baca mesej tu. Tak sampai beberapa saat lepas tu, ada lagi mesej yang masuk. Daripada Orked juga.

Good! Kasi tau sekarang!!  >.<

Seperti yang dia jangka kakaknya memang geram. Jari ligat menaip patah perkataan seterusnya yang akan dibalas lagi kepada Orked.

Wekk!  :p

Selesai butang send ditekan, Dahlia turun dari katil dan berjalan ke jendela bilik tidurnya itu. Telefon ditangan dipusing-pusing sementara matanya meliar melihat keadaan sekitar laman rumah yang menghijau dengan rumput mutiara yang segar. Bibirnya mengukir senyum nipis. Teringat waktu mula-mula beli rumah ini. Punyalah bersusah-payah cabut rumput-rumput liar yang tumbuh. Masa tu, dia sendiri baru berusia sepuluh tahun, Alif pula lima belas tahun dan Orked lapan belas tahun. Masing-masing kena paksa dengan Encik Hamzah untuk cabut rumput. Hari-hari pulak tu! Kalau orang lain gigih nak tanam rumput golf, papanya pula gigih nak tanam rumput mutiara. Tapi berbaloi! Sampai sekarang mana pernah panggil tukang mesin rumput suruh mesin rumput-rumput tu semua. Rumput jenis ni tak akan panjang-panjang. Cuma kena jadi pemurah sikitlah dengan SYABAS! Sebab hari-hari kena disiram, kalau tak nanti dia mati.

“Ayaaaa!” Terdengar teriakan Puan Ros dari bawah. Tersentak Dahlia. Gerabak baru nak bergerak ke Holland dah terhenti dekat Thailand pula. Kacau daun betul!

“Ye ma?!” Sahutnya. Kaki dah bergerak ke pintu bilik. Tak sempat nak pegang tombol pintu dah tersembul muka mamanya. Terjerit kecil dibuatnya.

Sorry. Hehehe. Ni kak Orked ada cakap dengan Aya apa-apa tak?”
Tangan mengurut dada.

“Ada. Eh! Macam mana mama boleh tahu ni?”

“Jengjengjeng. Mama ada pasang spy.”

“Iyalah sangat tu. Abang Alif call kan?”

Ros mengangguk. “Abang call Aya jugak ke?”

“Tak.” Dahlia menggeleng. “Tapi kak Orked ada sms. Tu Aya agak je yang abang call mama.” Mulut mamanya membentuk huruf O.

“Kak Orked kata jalan jammed. Lambat sikit kut sampainya. Mungkin lewat petang. Baru ni dia sms. Aya baru nak bagitahu mama tapi mama dah datang dulu.” Dahlia buat muka innocent. Puan Ros pula mengecilkan matanya.

“Auww! Sakit ma.” Tangan memegang kepala yang diluku oleh mamanya.
“Padan muka.” Balasnya. Dia melangkah masuk ke dalam bilik Dahlia dan duduk di birai katil. Dahlia pula hanya mengikut dari belakang dengan mulut dijuihkan dan sebelah tangannya masih memegang kepala yang diluku mamanya tadi.

“Ni mama ada benda nak bagitahu.”

“Apa?”

“Tanak teka?” Keningnya dijungkit-jungkit.

“Tamau! Kepala biul sekejap mama luku tadi.” Dahlia gelak.

“Cis, luku lagi tahulah.” Dengar aje perkataan itu terus tangannya refleks penutup kepalanya dengan kedua-dua belah tapak tangan. Puan Ros mencebik. Penat benar melayan karenah anak bongsu yang manja sangat macam ni. Mentang-mentanglah beza umur jauh tertinggal belakang dari kakak dengan abang dia, bukan main manja lagi perangai. Mujur manja tu dalam keluarga je. Kalau terbawa-bawa ke luar, dah boleh masuk kategori gedik la.

“Kalau mama bagitahu ni, Aya jangan pulak jerit tau?”

“Mama ni buat Aya saspenlah. Kasi tahu je. Apa dia?”

“Ermm, abang Alif cakap ke mama…”

“Hmmm?”

“Yang dia nak…”

“Nakkk?”


“Nak bertunang.” Terbuntang biji mata Dahlia. Nak bertunang? Angin tak ada, ribut tak ada, puting beliung lagi tak ada, tiba-tiba je nak bertunang. Sejak bila pulak abang ada girl? Ke memang dah ada cuma tak cakap? Atau jatuh cinta pandang pertama? Uwarghhh!! Sampai hati tak cerita ke Aya.




No comments:

Post a Comment