Friday 28 December 2012

Kau Aku Punya! (bab 1)











BAB 1

“Ingat apa aku pesan tadi!” Bisiknya separuh menggertak.
“Ya,aku ingatlah!” Kereta yang dipandu semakin perlahan seakan-akan mahu berhenti. Tapi sekolah masih jauh di hadapan.
“Balik nanti,kau balik sendiri. Aku ada hal. Faham tak?!”
Hanya anggukan yang diberi. Malas mahu melayan karenah kanak-kanak ribena di sebelahnya itu. Poyo memanjang. Pelik juga bagaimana budak tak cukup umur boleh selamba badak je memandu sendiri ke sekolah. Bukan sekolah seperti kolej atau universiti, tapi sekolah menengah! Matanya dijulingkan ke atas. Tiba-tiba dirasakan kereta yang dinaikinya berhenti. Eh, tapi belum sampailah! Kata-kata itu hanya bergema dalam hatinya.
“Aku turunkan kau kat sini. Sekolah ada kat depan sana. Tiap-tiap hari kita jumpa kat sini je. Kau jangan nak memandai-mandai tunggu kat dalam sekolah. Aku tak nak orang tahu.”
Beg sekolah di tempat duduk belakang dihulurkan kepadanya. Nak tak nak terpaksa juga Medina turun dari kereta itu. Mulutnya sudah muncung sedepa.
“Ingat,balik ni tak payah tunggu aku.” Pesannya lagi sebelum memecut laju meninggalkan Medina.
“Ngongek!” Perlahan tapi keras suara yang meniti daripada bibirnya. Di dalam hati sudah berbakul-bakul sumpah-seranah dilontarkan kepada lelaki itu. Lelaki yang membuatkan hidupnya kucar-kacir dalam sekelip mata. Macamlah dia seorang sahaja yang tidak dapat terima perubahan mendadak ini. Dirinya juga terkesan dengan perkara baru ini. Pening memikirkan masalah yang semakin menyesakkan dada, Medina mula meneruskan langkah untuk ke sekolah barunya, Sekolah Menengah Seri Mutiara.


“KRING!!”
Kedengaran bunyi loceng yang membingitkan itu menandakan bahawa sesi P&P sudah bermula. Pelbagai keletah dipamerkan oleh para pelajar Sekolah Menengah Seri Mutiara itu. Sekolah persendirian yang hanya mampu dibiayai oleh orang-orang kaya sahaja. Mana mungkin anak orang biasa mampu membayar yuran yang mencecah RM 8000 bagi setiap semester! Gila ke apa?
Kelas 5 Dahlia yang dihuni oleh 29 orang pelajar yang sebelum ini amat bising dengan gelak ketawa penghuninya tiba-tiba bertukar menjadi senyap apabila seorang wanita berumur dalam lingkungan awal tiga puluhan menapak masuk ke dalam kelas tersebut bersama-sama seorang budak perempuan yang boleh diklasifikasikan sebagai salah seorang pelajar sekolah itu kerana baju yang tersarung ditubuhnya sama seperti uniform sekolah yang dipakai oleh semua pelajar perempuan Sekolah Seri Mutiara itu. Semua mata tertumpu kepada mereka berdua di hadapan. Medina Qairina berasa kekok. Tidak semena-mena matanya bertentang dengan mata salah seorang pelajar lelaki yang amat dikenalinya. Cepat-cepat pandangannya dikalih ke tempat lain. Bergetar hebat dadanya. Mahu tidaknya, mata ais itu memandangnya seperti mahu membunuh!
Hi class.” Laju sahaja sapaan mesra meniti di bibir wanita itu.
Hi Mrs. Melissa.” Bergema satu kelas. Semakin lebar senyumannya. Rindu pada semua pelajar 5 Dahlia. Hampir 3 bulan dirinya bercuti daripada mengajar di sekolah yang terkemuka dalam kalangan orang-orang berada di Malaysia itu. Dan dia pasti selepas ini akan ada suara-suara nakal ingin mengusiknya. Sudah lali dia dengan semua itu, cuma kali ini pastinya berbeza kerana bukan dirinya yang menjadi tumpuan tetapi bayi perempuannya yang selamat dilahirkan 3 bulan lalu. Puteri sulung yang sudah lama dinanti-nantikan oleh dia dan suaminya. Hampir 5 tahun menunggu permata yang satu itu dan akhirnya Allah memperkenankan doa mereka berdua dengan menganugerahkan Adellia Mesya.
“Rindu cikgu tak?” soalnya pada mereka.
“Gila tak rindu.”
“Sangat kut!”
Of course!”
Medina yang berdiri di sebelah kiri Puan Melissa terpinga-pinga dengan suasana kelas baharunya itu. Mesra sangat kut dengan cikgu!
“Haha. Okay class,hari ni saya nak kenalkan awak semua dengan pelajar baru sekolah ini merangkap classmate baru awak semua.” Tangannya dihalakan ke arah Medina. Gayanya sama seperti hos rancangan yang ingin mengalu-alukan artis untuk membuat persembahan di atas pentas.
“Medina Qairina Mohd Zain.”
Seperti ada pasir ditekaknya sangat sukar untuk menelan air liur sendiri. Walaupun sudah beberapa kali menghadapi perkara yang sama,namun perasaannya kali ini amat berlainan sekali. Adakah kerana lelaki yang duduk bersebelahan tingkap di belakang sana?
“Nana.” Bisik Puan Melissa seraya menegur Medina yang kelihatannya sibuk mengelamun. Malah lebih merisaukan apabila dua mata kepunyaan dua insan yang disayanginya berlaga sesama sendiri. Satu mata ais,satu mata api. Memang elok pun!
“Ouh,hai saya Medina Qairina Mohd Zain! Sila beri tunjuk ajar ye.” Merekah bibirnya dengan senyuman. Cara dia memperkenalkan dirinya tidak ubah seperti pelajar Jepun. Siap dengan tunduk hormat 90 darjah. Saja dia berbuat demikian untuk melihat sejauh mana penerimaan rakan-rakan kelasnya. Terutamanya lelaki yang duduk bersebelahan tingkap di bahagian belakang itu.
Geleng kepala Puan Melissa melihat Medina. Mana pernah dibuat orang macam tu. Mujur aje dia sudah betah dengan perangai gadis itu. Kelas pula semakin riuh dengan suara dan gelak ketawa penghuninya. Macam-macam andaian atau lebih tepat lagi ‘first impression’ diberi kepada pelajar baru di hadapan itu.
“Okey,sekarang Medina nak duduk mana ye?” pertanyaan yang dilemparkan buat dirinya sendiri sebenarnya.
“Sebelah saya cikgu!” Begitu semangat Ijat menjawab berserta senyuman nakalnya.
“Tepi saya kosong!” Zaki pula bersuara. Saja mahu memprovok kawannya.
“Gatallah korang berdua ni! Cikgu bagi Medina duduk sebelah sayalah cikgu.” Pinta Arissa pula.
“Mana ada kosong keliling kamu tu.”
Medina menggaru-garu kepalanya. Alahai, mesti kena berebut ke? Desisnya dalam hati. Terasa dirinya begitu selesa berada di kelas baharunya itu. Semuanya mesra-mesra belaka. Tapi ada juga dia terperasan tiga orang minah senget yang tak habis-habis menjelingnya. Apa nak juling sangat ke asyik jeling-jeling orang?
“Macam ni lah, Medina duduk di belakang ya. Sebelah Ameer Mikail tu ada kosong. Macam kebetulan pulak,ada jodoh kamu berdua ni.”
Gulp! Gila ke apa? Duduk sebelah Ameer Mikail adalah merupakan perkara yang dapat membunuhnya. Mak su ni lah kan! Rungutnya dalam hati.
“Errr..”
“Yang sebelah kanan belakang sekali. Awak duduk sebelah dia ya Medina Qairina.”
Salah seorang daripada minah-minah senget tadi memandangnya seperti mahu telan aje. Apa dia ada buat jenayah ke? Hatinya mula berdetak laju tanda tak sedap hati. Hari pertama dah ada musuh. Payah ni…
Lambat-lambat kakinya diatur ke arah tempat duduk yang diperkatakan oleh Puan Melissa itu. Tanpa memandang rakan disebelah Medina terus melabuhkan punggungnya di atas kerusi.


Sesi persekolahan yang menyeksakan pada hari itu telah berakhir dengan bunyi loceng terakhir. Penantian yang begitu menyeksakan bagi Medina Qairina. Tidak betah untuk dia berlama-lama di dalam kelas 5 Dahlia itu. Bukan kerana tidak suka atau selesa. Semuanya disebabkan renungan maut yang diberi oleh jiran sebelah mejanya. Belum masuk lagi minah-minah senget yang tergedik-gedik dengan jiran sebelahnya terutama sekali minah senget ‘mat saleh-wannabe’. Naik menyampah melihat adegan-adegan ‘acah-acah sweet’ mereka.
Dibelek buat sekalian kalinya jam tangan berjenama DKNY pemberian papa sebulan yang lalu. Sudah lewat dua puluh minit. Inilah yang paling dibencinya,MENUNGGU! Terbit keluhan daripada bibirnya. Nak balik sendiri tak tahu jalan. Mahu atau tidak terpaksa juga dia menunggu mak su kesayangannya.
Honda civic berwarna silver berhenti betul-betul di hadapannya. Tanpa membuang masa Medina terus sahaja meloloskan dirinya ke dalam kenderaan itu. Beg yang tadinya kemas disandang di belakang badan diletakkan di bawah sebelah kakinya sekaligus menutup pintu kereta. Tali pinggang keledar dipasang kemas. Mak su sudah menggigit bibir. Tahu diri sendiri yang salah kerana lambat daripada waktu yang dijanjikan. Namun dia kenal siapa Medina. Cepat marah,cepat juga redanya. Pedal minyak ditekan perlahan-lahan untuk memecut kembali kereta itu setelah dinyahpecut tadi.
Sorry,mak su lambat. My bad.”
“Tak apa,lambat dua puluh minit je pun bukan setengah jam.” Telan air liur aje mak su mendengar perlian Medina.
“Lepas ambik Mesya kita singgah supermarket jap. Mak su nak beli barang dapur,susu Mesya pun dah nak habis.” Sengaja mak su mengubah topik perbualan.
“Okey. Tapi mak su kena denda sebab lambat tadi.” Medina menjongket-jongket keningnya sambil bibirnya tersenyum nipis penuh makna.
“Denda? Apa dia?” kan dah kata,marahnya cepat reda. Desis hati mak su.
“Belikan cekelat untuk Nana. Banyak!”
“Hesy,nak rosak gigi ke apa?”
“Gosoklah gigi.” Lidahnya dijelir kepada mak su di sebelah.
Pecah ketawa mereka berdua dalam kereta itu.




*Alhamdulillah...^^*




1 comment:

  1. Assalamualaikum..nk tanya..cerita ni tak dibukukan ke?? Sya nk baca sambungan cerita ni..dah lama dok usha cerita ni.

    ReplyDelete